- Majlis Pelancaran KRT Taman Samudra A Fasa 1 telah mencatat sejarah sebagai satu perhimpunan terbesar pernah diadakan di Taman Samudra A Fasa 1 dengan kehadiran penyertaan penduduk melebihi 150 orang yang juga meliputi pelbagai kaum.
SEBAHAGIAN HADIRIN YANG MEMERIAHKAN MAJLIS |
- Majlis Pelancaran juga telah disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 31 Mac 2011.
- Program bermula dengan sessi pendaftaran dan semakan semula daftar penduduk. Sebagai insentif/galakan kepada penduduk, KRT telah menghadiahkan T-Shirt kepada 100 orang pertama yang datang mendaftar. Insentif ini ternyata berjaya menarik penduduk untuk datang beramai-ramai seawal pukul 7.30pagi lagi.
- Acara pelancaran yang diadakan pada jam 9.30 pagi dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Zool Amali, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KRT Taman Samudra A Fasa 1 Mej Mohd Yusoff Sadri dan seterusnya ucapan pelancaran oleh Pegawai Perpaduan Daerah Gombak merangkap Penolong Pengarah Rukun Tetangga Negeri Selangor , En Magedran A/L Muniandy.
- Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi KRT, Mej Mohd Yusoff menekankan peri pentingnya kerjasama antara warga Taman Samudra A dengan AJK KRT bagi memastikan segala aktiviti berjalan dengan baik. Beliau mengharapkan pada peringkat awal, penduduk janganlah terlalu ghairah untuk melihat semuanya berjalan dengan cepat kerana KRT masih dalam peringkat memperkemaskan organisasi. Beliau juga mengharapkan AJK KRT yang dilantik memberikan komitmen dan kerjasama serta menyediakan plan program mengikut porfolio masing-masing. Kerjasama semua penduduk diperlukan untuk menghidupkan Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Jiran Muda dan SRS (Skim Rondaan Sukarela).
- Selepas acara pelancaran, Warga taman telah menjalankan gotong royong membersihkan kawasan masing-masing . Manakala Jiran Wanita telah mengadakan sesi pemilihan JK Jiran Wanita. Senarai Jawatankuasa Jiran Wanita yang dipilih akan dimaklumkan kemudian. Jiran Rakan Muda juga tidak ketinggalan untuk mengadakan pra perbincangan mengenai pemilihan Jawatankuasa masing-masing .
BARISAN JIRAN WANITA |
- Secara keseluruhan, Majlis Pelancaran KRT Taman Samudera A Fasa 1 ini telah mencapai objektifnya iaitu penyertaan majoriti penduduk yang berbilang kaum dan ini menggambarkan satu petanda yang amat baik untuk KRT terus lebih gigih dalam mengatur aktiviti yang akan datang untuk manafaat penduduk setempat. Yang pasti kejayaan setiap aktiviti KRT yang berbentuk’ Community Driven ‘ ini memerlukan sokongan padu dari semua lapisan penduduk khususnya di taman ini .