SEJARAH PENGAKTIFAN SEMULA KRT TAMAN SAMUDERA A FASA 1
Rabu,
12 Jan 2011 – Selepas
berlaku beberapa kes rompakan bersenjata di kawasan kariah Surau Al-’Izzah
termasuk yang terbaru yang melibatkan kecederaan seorang penduduk berbangsa
China dan juga cubaan merompak beberapa buah rumah dan Tadika, satu inisiatif
telah diambil untuk menghidupkan semula Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman
Samudra Fasa 1A. Seramai 6 orang mewakili penduduk Taman Samudra Mitra Delfina
(Fasa 1A) iaitu Hj Abd Ghani (ketua rombongan), Hj Jaafar, Mej Yusoff, Hj
Alias, Abd Hadi dan Wan Mohd Zukri telah mengadakan perbincangan dengan Pegawai
Perpaduan Daerah Gombak iaitu En Magedran a/l Muniandy di pejabat beliau.
1. Perbincangan
dimulakan dengan Hj Abd Ghani selaku ketua rombongan menceritakan latarbelakang
KRT Taman Samudra Fasa 1A yang mana beliau terlibat secara langsung semasa
penubuhannya. Penerangan beliau sekali-sekala dibantu oleh Mej Yusoff.
2. En Magendran
memaklumkan bahawa KRT ditubuhkan atas permintaan penduduk untuk manfaat dan kesejahteraan
penduduk sendiri. Menjadi tanggungjawab AJK yang dipilih untuk memastikan KRT
ini berjalan dan terus hidup. Beliau juga menyebut telah bercadang untuk
menutup KRT Taman Samudra Fasa 1A yang telah lama sangat tidak aktif ini.
Alhamdulillah kedatangan ahli rombongan ini tepat pada waktunya!
3. En Magendran
juga memaklumkan bahawa ada wakil daripada Flat Taman Samudra yang menghantar
senarai nama AJK KRT yang kemungkinan menggunakan KRT Taman Samudra Fasa 1A.
Walaubagaimanapun beliau akan melihat balik perkara ini dan berjanji akan
menyelesaikannya.
4. Oleh kerana
dalam fail JPNIN tiada lakaran kawasan KRT Taman Samudra Fasa 1A, yang ada cuma
deskripsi bertulis lokasi sahaja, menggunakan google map, ahli rombongan
membantu En Magendran melakarkan semula lokasi KRT Taman Samudra Fasa 1A ini
berpandukan deskripsi lokasi tadi. Lakaran yang dibuat boleh dilihat di sini.
5. Selepas itu
En Magendran memaklumkan beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menghidupkan
semula KRT Taman Samudra fasa 1A iaitu:
·
Memilih JK Rukun
Tetangga seramai 25 orang iaitu; Pengerusi, Tim Pengerusi, SU, PSU, Bendahari
dan 20 orang AJK. Syarat AJK KRT ialah berumur 21 tahun ke atas. Pemilihan AJK
seeloknya merangkumi semua kaum, mewakili semua jalan/lorong dan dipersetujui
oleh orang yang dipilih.
·
Nama-nama AJK termasuk
top 5 dimasukkan dalam borang Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga
yang disediakan oleh pihak JPNIN
·
KRT bukan Persatuan
Penduduk dan tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung tahunan.
·
Mengadakan satu majlis
Pelantikan dan Taklimat KRT dengan menjemput semua penduduk dalam KRT. En
Magendran akan memberi taklimat dalam majlis tersebut. Tarikh ditetapkan
pada Jumaat 28 Jan 2011 jam 9.00 malam.
·
Selepas tertubuhnya
KRT, perlu memohon untuk mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Dalam satu KRT
boleh diwujudkan beberapa SRS dengan pecahan mengikut zon kawasan. Setiap SRS
perlu dianggotai oleh min 20 orang ahli dan setiap zon SRS akan mendapat
peruntukan peralatan rondaan yang berasingan. Ahli SRS berumur 18 tahun ke
atas. Ahli yang berdaftar dilindungi oleh insuran sekiranya berlaku musibah
semasa menjalankan tugas rondaan.
·
Setiap KRT akan
mendapat peruntukan tahuhan dan juga boleh memohon peruntukan untuk semua
aktiviti yang melibatkan penduduk. Permohonan perlu dibuat 3 minggu sebelum
program.
Lanjutan daripada
perjumpaan dengan pegawai JPNIN Daerah Gombak ini, satu perjumpaan Pra-Taklimat
Pengaktifan KRT Taman Samudra Fasa 1A akan diadakan di Surau Al-’Izzah
pada 18 Jan 2011 (Isnin) selepas solat Isyak. Semua ahli
kariah Surau Al-’Izzah dijemput hadir. Agenda perjumpaan ini ialah:
·
Penerangan perjumpaan
dengan Pegawai JAPNIN Daerah Gombak
·
Mencadangkan senarai
AJK KRT Taman Samudra Fasa 1A
·
Persediaan Majlis
Taklimat & Pelantikan JK KRT Taman Samudra Fasa 1A pada 28 Jan 2011
·
Hal-hal lain yang
berkaitan dengan KRT
Semoga dengan
pengaktifan semula KRT Taman Samudra Fasa 1A, keselamatan dan kesejahteraan
warga Taman Samudra Fasa 1A (Mitra Delphina) bertambah baik selepas ini.
Wassalam.