20 September 2011

MAJLIS TAKLIMAT SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

20 September 2011, Selasa


Tuan/Puan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Majlis Taklimat SRS akan diadakan pada ketetapan berikut :

  •          Tarikh     : 24 September 2011, Sabtu
  •          Masa       : 9.00 pagi
  •          Tempat    : Perkarangan Khemah Jalan Samudera Utama
  •          SARAPAN PAGI AKAN DISEDIAKAN

Semua ahli SRS adalah diwajibkan hadir . 

NOTA:
Penduduk Taman Samudera A Fasa 1 yang masih belum mendaftar dan berminat untuk menyertai SRS , juga dijemput hadir dan boleh mendaftar sebagai ahli baru pada majlis tersebut.

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011


20 September 2011, Selasa


 



Semua penduduk Taman Samudera A Fasa 1 dan keluarga adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 yang akan diadakan pada 23 September 2011, jam 9.00mlm - 11.00 mlm di Jalan Samudera Utama.
Jamuan ini merupakan anjuran bersama buat pertama kali di antara KRT Taman Samudera A Fasa 1 dan juga Surau Al-Izzah.

Semuga dengan kehadiran tuan/puan semua akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara penduduk di taman kita. Insya Allah..

06 September 2011

KAWALAN SRS SUDAH BERMULA........

6 September 2011 , Selasa


Syukur Alhamdullilah kawalan SRS di taman kita telah bermula buat pertama kalinya pada malam 29 Ogos  sejak ianya ianya dilancarkan pada 20 Ogos 2011. Sebagai permulaan, pos kawalan sementara SRS ditempatkan di khemah berhampiran Surau Al-Izzah.


Semuga usaha murni ini akan terus berkekalan.. Tahniah dan Syabas !!!

BERITA BERGAMBAR RONDAAN SRS  SEPANJANG 29 OGOS - 5 SEPTEMBER 2011

 
Antara kumpulan Pertama menjalankan kawalan SRS



 
Semangat muhibbah jelas terjalin dalam SRS


 
Jiran Wanita juga tidak ketinggalan turut serta dalam SRS



 
Jiran Muda juga turut serta SRS

 


Dari kiri : Dato' Lah


 
 
Ahli SRS sedang menjalankan rondaan rutin

Bagi penduduk TSAF1 yang belum mendaftar sebagai ahli SRS , tuan/puan masih boleh mendaftar dengan mengisi Borang  Keahlian Baru . BORANG BOLEH DIPEROLEHI DI POS KAWALAN...Jangan ketinggalan !!!.


" KESELAMATAN TAMAN KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

21 August 2011

MAJLIS PELANCARAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)


20 Ogos 2011 ,Sabtu



KRT Taman Samudera A Fasa 1 (TSAF1) sekali mengukir sejarah dengan melancarkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) pada tanggal 20 Ogos 2011, Sabtu di kawasan perkarangan parkir Surau Al Izzah. Walaupun majlis pelancaran ini diadakan pada bulan Ramadhan , namun kehadiran penduduk TSAF1 seramai lebih 80 orang tetap memeriahkan majlis pada petang tersebut .


Majlis Pelancaran SRS ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat ,

Y.Bhg. Puan Salasiah bt Hashim, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan juga 
Y.Bhg ASP Mohamad Zain , Ketua Zon Selayang,PDRM Ketua Bahagian Narkotik mewakili Ketua Polis Daerah Gombak.


Aturcara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zool Amali dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengerusi KRT TSAF1, Lt.Kol.Mohd Yusoff Sadri. Sebagai tanda pelancaran SRS, tetamu kehormat telah menyampaian peralatan SRS kepada 50 orang SRS yang hadir.



Antara tetamu kehormat yang hadir - Pn Salasiah (PPD Gombak)
& ASP Mohamad Zain (PDRM)
ASP Mohamad Zain sedang menyampaikan Cotar Rotan kepada Pengerusi KRT



Tetamu yang hadir dalam Majlis Pelancaran SRS

Antara tetamu yang turut hadir
Gambar beramai-ramai anggota SRS bersama tetamu kehormat

Persiapan tempat majlis pelancaran dibuat secara gotong royong

Anggota SRS begitu segak dengan pakaian seragam sedia untuk berkhidmat...Syabas!!!


Untuk makluman semua ,Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988.
Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.
Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.




18 August 2011

MESYUARAT PERSIAPAN PELANCARAN SRS

18 Ogos 2011,Khamis

Mesyuarat bagi membincangkan persiapan Majlis Pelancaran SRS telah diadakan pada 17 Ogos 2011,mulai jam 10.15 malam, bertempat di perkarangan surau Al-Izzah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KRT, Lt.Kol Mohd Yusoff Sadri . Kehadiran AJK KRT dan juga ahli KRT berjumlah 35 orang.

Antara perkara-perkara yang telah dibincang serta diputuskan dalam mesyuarat ialah:

  1. Majlis Pelancaran SRS akan diadakan pada 20 Ogos 2011, Sabtu , jam 5.00petang di perkarangan Surau Al-Izzah.( Pada hari berkenaan juga merupakan Program Berbuka Perdana Surau Al-Izzah)
  2. VIP yang akan hadir : Timbalan OCPD Balai Polis daerah Gombak dan juga Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
  3. Untuk tujuan majlis pelancaran, seramai 60 orang ahli SRS (20 orang dari setiap Zon A, B & C) telah dipilih untuk berbaris dan menerima peralatan dari VIP jemputan.
  4. Jadual Petugas Rondaan akan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Pasukan Wanita, Pasukan Veteran dan juga Pasukan Utama.
  5. Satu majlis penerangan khas khusus mengenai perlaksanaan SRS akan diadakan dalam masa terdekat.
  6. Aturcara Majlis Pelancaran SRS adalah sepeti berikut :
  • 4.35ptg  - Solat Asar  di Surau Al-Izzah
  • 5.00 ptg - Tetamu mengambil tempat
  •               - Bacaan Doa
  •               - Ucapan Aluan Pengerusi
  •               - Penyampaian Peralatan kepada Ahli SRS oleh Timbalan OCPD dan PPD
  •               - Penyampaian Cenderahati
  •               - Majlis Bersurai
Semua penduduk TSAF1 adalah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran SRS ini sebagai tanda sokongan serta permuafakatan.

Wassalam..


08 August 2011

LANGKAH KESELAMATAN SERTA TINDAKAN BERJAGA-JAGA SEKIRANYA BERLAKU PERKARA YANG MENCURIGAKAN DI TAMAN KITA

Isnin, 8 Ogos 2011


Tuan/Puan yang dihormati,


Sejak kebelakangan ini, kejadian pecah rumah seringkali berlaku Taman kita . Ianya kini di tahap yang amat membimbangkan dan sebagai langkah berjaga-jaga, berikut disampaikan sedikit panduan/tips yang boleh dilaksanakan oleh tuan/puan sendiri .



Panduan meninggalkan rumah pada bila-bila masa




Meninggalkan rumah bila bercuti panjang sudah menjadi kelaziman, apatah lagi pada Hari Raya. Jika anda bercadang untuk bercuti, pastikan rumah anda selamat untuk ditinggalkan. Pencuri hanya memerlukan beberapa minit untuk memecah rumah. Dua hari di hujung minggu adalah lebih dari cukup untuk penjenayah memecah masuk.
Berikut adalah beberapa peringatan sebelum meninggalkan rumah untuk bercuti:
• Berbaik-baiklah dengan jiran. Beritahu jiran anda berapa lama anda akan meninggalkan rumah. Bertukarlah nombor telefon. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta mereka mengawasi atau meninjau keselamatan rumah sepanjang ketiadaan anda.
• Untuk keselamatan tambahan, sesetengah Balai Polis atau Pusat Rukun Tetangga juga menggalakkan anda melaporkan kepada mereka sebelum meninggalkan rumah.
• Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan penceroboh. Sebaik-baiknya gunakan lampu automatik yang boleh dinyalakan bila hari gelap. Buka sedikit langsir pintu dan tingkap supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.
• Tangguhkan sementara langganan akhbar, roti dsb. Longgokan akhbar atau bungkusan makanan di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuni. Juga, jangan lupa bawa masuk semua pakaian di jemuran. Kasut, selipar dan sebagainya lebih baik dibiarkan berselerak supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.
• Jika rumah anda mempunyai lebih dari satu kereta, kereta kedua boleh digunakan untuk mengelirukan penceroboh. Bagaimanapun, pastikan ia ditinggalkan dalam keadaan berkunci, termasuk kunci stereng/gear.
• Tanggalkan talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering tidak dijawab. Sebaik-baiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.
• Simpan atau sembunyikan semua barang berharga di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan barang-barang kemas atau wang tunai.
• Tanggalkan paip gas dari dapur. Padamkan sebarang pelita, lilin, lampu minyak, ubat nyamuk dan sebagainya.
• Tutup semua suis dan palam elektrik yang tidak diperlukan
• Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap, jeriji dan pagar dikunci. Periksa dua kali atau lebih, supaya anda dapat meninggalkan rumah dengan hati yang tenang dan yakin.

15 May 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA KRT BIL.4/2011

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa KRT Bil. 4/2011 akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh    :   18 Mei 2011, (Rabu malam Khamis)
Masa      :   9.30 mlm - 12.00 mlm
Tempat   :   Khemah di kawasan lapang
                    Sebelah Surau Al-Izzah,
                    Jalan SS10,                    Taman Samudera.
Agenda Mesyuarat :
1. Kata Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat KRT Bil.3/2011
3. Perkara berbangkit
4. Hari Terbuka
5. Perkembangan Jiran Wanita
6. Perkembangan Jiran Muda
7. Lawatan ke KRT Sri Andalas Kelang
8. Rancangan Aktiviti 2011
9. Hal-hal lain


Semua AJK KRT, AJK Jiran Wanita & AJK Jiran Muda adalah dijemput hadir.


Sekian, terima kasih

08 May 2011

Hari Terbuka Taman Samudera A Fasa1 Pada 21 Mei 2011

8 Mei 2011, Ahad


KRT Taman Samudera A Fasa 1 akan mengadakan HARI TERBUKA TAMAN SAMUDERA A FASA1 (MITRA & DELPHINA) pada 21 Mei 2011 (Sabtu). 
Antara objektif Hari Terbuka ini  diadakan ialah:
  • ·         Mengeratkan silaturrahim, perpaduan dan kerjasama di kalangan penduduk melalui aktiviti yang diadakan.
  • ·         Memberi kesedaran mengenai bahaya penagihan dadah, nyamuk aedes (denggi) dan jenayah juvana melalui pameran agensi berkenaan.
  • ·         Melancarkan Skim Rondaan Sukarela KRT sebagai satu usaha meningkatkan kawalan keselamatan kawasan taman.
  • ·         Meraikan pelajar cemerlang dalam Taman Samudra A Fasa 1
Pelbagai acara menarik dalam bentuk PAMERAN, JUALAN, PERTANDINGAN, PERMAINAN dan PELANCARAN & PENERANGAN akan diadakan.

PAMERAN

·         Keselamatan (Jenayah Juvana) – PDRM
·         Bahaya Dadah – PEMADAM
·         AEDES (Denggi)
·         BOMBA
·         Kesihatan – Derma Darah
·         KRT
·         Khairat Kematian + Takaful
·         Palestin

JUALAN

·         Terbuka kepada semua penduduk. Harga RM40 bagi satu tapak 10’ x 10’.

PERTANDINGAN

·         Mewarna Kanak-kanak (Darjah 1 -3)
·         Melukis Kanak-kanak (Darjah 4-6)
·         Azan (Remaja 13 -17 tahun)
·         Gubahan Bunga/Buah (Remaja Perempuan   13- 17 tahun)
·         Anyam Ketupat  (Wanita)
·         Menulis Khat (Lelaki)
·         Teka Batu Intifadah (Semua)

PERMAINAN

·         Timbang bola sepak raga untuk Remaja (13-17 tahun) dan Dewasa (18 tahun ke atas)

PELANCARAN & PENERANGAN

·         Pelancaran SRS Zon A-C
·         Penerangan mengenai KRT

Kerjasama semua penduduk amat-amat diharapkan bagi menjayakan program ini.










11 April 2011

Mesyuarat Jawatankuasa KRT BIL.3/2011

11 April 2011, Isnin

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Bil.3/2011 akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh    :   15 April 2011, (Jumaat malam Sabtu)
Masa      :   9.00 mlm - 11.00 mlm
Tempat   :   Rumah Pengerusi KRT,
                    No.54 , Jalan Samudera Selatan 9,
                    Taman Samudera.
Agenda Mesyuarat :
1. Kata Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat KRT Bil.2/2011
3. Perkara berbangkit
4. Hari Terbuka
5. Pelancaran SRS
6. Perkembangan Jiran Wanita
7. Perkembangan Jiran Muda
8. Lawatan ke KRT Sri Andalas Kelang
9. Rancangan Aktiviti 2011
10. Hal-hal lain


Semua AJK adalah dijemput hadir.


Sekian, terima kasih

02 April 2011

BBQ Remaja (Jiran Muda )

2 April 2011, Sabtu

 
  • BBQ Perdana Remaja (Jiran Muda ) Taman Samudra A Fasa 1 yang diadakan pada  2 April 2011, Sabtu di pekarangan tepian Surau Al Izzah telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan anak-anak remaja di taman ini. Program BBQ ini yang diadakan selepas solat isya turut disertai bersama oleh para jemaah lelaki dan wanita yang sebahagiannya adalah ibu bapa mereka sendiri.
  • Menurut Saudara Shamsuri (SU KRT) yang juga Ketua Penganjur  Program ini berkata program ini antara lain bertujuan sebagai sessi 'Ice Breaking' di antara remaja-remaja di taman ini .Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan kejiranan yang lebih akrab dan seterusnya akan memudahkan lagi perancangan aktiviti khusus untuk para remaja.

26 March 2011

Majlis Pelancaran KRT Taman Samudera A Fasa 1

26 Mac 2011, Sabtu



  • Majlis Pelancaran KRT Taman Samudra A Fasa 1 telah mencatat sejarah sebagai satu perhimpunan terbesar pernah diadakan di Taman Samudra A Fasa 1 dengan kehadiran penyertaan penduduk melebihi 150 orang yang juga meliputi pelbagai kaum. 
SEBAHAGIAN HADIRIN  YANG MEMERIAHKAN MAJLIS


  • Majlis Pelancaran juga  telah disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 31 Mac 2011.

 
  • Program bermula dengan sessi pendaftaran dan semakan semula daftar penduduk. Sebagai insentif/galakan kepada penduduk, KRT telah menghadiahkan T-Shirt kepada 100 orang pertama yang datang mendaftar. Insentif ini ternyata berjaya menarik penduduk untuk datang beramai-ramai seawal pukul 7.30pagi lagi.

  •  Acara pelancaran yang diadakan pada jam 9.30 pagi dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Zool Amali, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KRT Taman Samudra A Fasa 1 Mej Mohd Yusoff Sadri dan seterusnya ucapan pelancaran oleh Pegawai Perpaduan Daerah Gombak merangkap Penolong Pengarah Rukun Tetangga Negeri Selangor , En Magedran A/L Muniandy.
  • Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi KRT, Mej Mohd Yusoff menekankan peri pentingnya kerjasama antara warga Taman Samudra A dengan AJK  KRT bagi memastikan segala aktiviti berjalan dengan baik. Beliau mengharapkan pada peringkat awal, penduduk janganlah terlalu ghairah untuk melihat semuanya berjalan dengan cepat kerana KRT masih dalam peringkat memperkemaskan organisasi. Beliau juga mengharapkan AJK KRT yang dilantik memberikan komitmen dan kerjasama serta menyediakan plan program  mengikut porfolio masing-masing. Kerjasama semua penduduk diperlukan untuk menghidupkan Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Jiran Muda dan SRS (Skim Rondaan Sukarela).
  • Selepas acara pelancaran, Warga  taman telah menjalankan gotong royong membersihkan  kawasan masing-masing . Manakala Jiran Wanita telah mengadakan sesi pemilihan JK Jiran Wanita. Senarai Jawatankuasa Jiran Wanita yang dipilih akan dimaklumkan kemudian. Jiran Rakan Muda juga tidak ketinggalan untuk mengadakan pra perbincangan mengenai pemilihan Jawatankuasa masing-masing .
BARISAN JIRAN WANITA


BARISAN JIRAN MUDA

  • Secara keseluruhan, Majlis Pelancaran KRT Taman Samudera A Fasa 1 ini telah mencapai objektifnya iaitu penyertaan majoriti penduduk yang berbilang kaum dan ini menggambarkan satu petanda yang amat baik untuk KRT terus lebih gigih dalam mengatur aktiviti yang akan datang untuk manafaat penduduk setempat. Yang pasti kejayaan setiap aktiviti KRT yang berbentuk’ Community Driven ‘ ini memerlukan sokongan padu dari semua lapisan penduduk khususnya di taman ini .


11 February 2011

Majlis Perjumpaan dengan Puan Azean bt.Abdul Rahman, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak

11 Feb 2011,Jumaat,


Lanjutan daripada Majlis Taklimat KRT Taman Samudera A Fasa 1 yang telah diadakan pada 28 Januari 2011 di perkarangan Surau Al-Izzah ,perjumpaan susulan ke pejabat JPNIN Daerah Gombak telah diadakan pada 11 Feb 2011 .Perjumpaan bersama Puan Azean ini telah dihadiri bersama oleh Tuan Mejar Mohd Yusoff Sadri, En.Shamsuri Md Said, Tn.Hj.Suhairy Sayuti serta saudara Mohd Rahim Kawangit .


Antara perkara yang turut dibincangkan ialah :
1. Surat Perlantikan AJK KRT Taman Samudera A Fasa 1
2. Surat Kuasa untuk Pembukaan Akaun Bank
3. Panduan Pembukaan SRS
4. Panduan Penyediaan Kertas Kerja Aktiviti



Mesyuarat pertama AJK telah dicadangkan dalam masa terdekat bagi mengatur program serta hala tuju KRT untuk manafaat komuniti... Tungguuuuuuuu.....

28 January 2011

Majlis Taklimat KRT & Lantikan Jawatan Kuasa KRT Taman Samudera A Fasa 1

Jumaat, 28 Jan 2011 

 Majlis Taklimat KRT & Perlantikan JK KRT Taman Samudra A Fasa 1 yang diadakan pada 28 Januari lalu secara umumnya berjaya mencapai 2 objektif utama iaitu Taklimat KRT dan Perlantikan JK KRT (berstatus cadangan sehingga disahkan). Kedua-dua objektif ini penting untuk menghidupkan semula KRT di Taman Samudra A Fasa 1.  Majlis yang bermula 9.30 malam tamat 11.00 malam termasuk jamuan seperti yang dirancangkan. Kehadiran bertulis seramai 78 orang, jika dikira yang tidak menulis kehadiran dan kanak-kanak, kehadiran hampir 100 orang.


MAJLIS TAKLIMAT DISAMPAIKAN OLEH EN.MAGENDRAN


Taklimat telah disampaikan En Magedran, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak . Turut hadir bersama beliau ialah Pn.Azean . Antara intipati taklimat meliputi penerangan mengenai KRT secara keseluruhan, Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Warga Emas, Tunas Jiran, SRS (Skim Rondaan Sukarela)  serta Tabika Perpaduan. 
Tahniah kepada JK (cadangan) KRT yang diketuai oleh Mej Mohd Yusof Sadri dibantu JK utamanya terutama Setiausaha Saudara Shamsuri Md Said serta JK Surau Al-’Izzah yang bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya. Penghargaan khas juga sewajarnya diberikan kepada wanita surau Al-’Izzah yang menyediakan jamuan kepada tetamu dan juga penduduk yang hadir.
(Nota: Laporan ini diambil dari petikan berita oleh En.Wan Zukri dalam Blog Surau Al-Izzah )

JUADAH JAMUAN YANG DISEDIAKAN OLEH  WANITA KARIAH SURAU AL-IZZAH