Jumaat, 28 Jan 2011
Majlis Taklimat KRT & Perlantikan JK KRT Taman Samudra A Fasa 1 yang diadakan pada 28 Januari lalu secara umumnya berjaya mencapai 2 objektif utama iaitu Taklimat KRT dan Perlantikan JK KRT (berstatus cadangan sehingga disahkan). Kedua-dua objektif ini penting untuk menghidupkan semula KRT di Taman Samudra A Fasa 1. Majlis yang bermula 9.30 malam tamat 11.00 malam termasuk jamuan seperti yang dirancangkan. Kehadiran bertulis seramai 78 orang, jika dikira yang tidak menulis kehadiran dan kanak-kanak, kehadiran hampir 100 orang.
Taklimat telah disampaikan En Magedran, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak . Turut hadir bersama beliau ialah Pn.Azean . Antara intipati taklimat meliputi penerangan mengenai KRT secara keseluruhan, Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Warga Emas, Tunas Jiran, SRS (Skim Rondaan Sukarela) serta Tabika Perpaduan.
MAJLIS TAKLIMAT DISAMPAIKAN OLEH EN.MAGENDRAN |
Taklimat telah disampaikan En Magedran, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak . Turut hadir bersama beliau ialah Pn.Azean . Antara intipati taklimat meliputi penerangan mengenai KRT secara keseluruhan, Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Warga Emas, Tunas Jiran, SRS (Skim Rondaan Sukarela) serta Tabika Perpaduan.
Tahniah kepada JK (cadangan) KRT yang diketuai oleh Mej Mohd Yusof Sadri dibantu JK utamanya terutama Setiausaha Saudara Shamsuri Md Said serta JK Surau Al-’Izzah yang bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya. Penghargaan khas juga sewajarnya diberikan kepada wanita surau Al-’Izzah yang menyediakan jamuan kepada tetamu dan juga penduduk yang hadir.
(Nota: Laporan ini diambil dari petikan berita oleh En.Wan Zukri dalam Blog Surau Al-Izzah )
(Nota: Laporan ini diambil dari petikan berita oleh En.Wan Zukri dalam Blog Surau Al-Izzah )