28 December 2012

HARI KELUARGA TSAF1 2012 DI JANDA BAIK MERIAH !!!



28 Disember 2012, Jumaat



Alhamdulillah, HK TSAF1 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa 25 Disember 2012 bertempat di 
Teratak Tuk-Tuk Kg Sum-Sum Hilir Janda Baik. Program yang julung-julung kali diadakan bagi komuniti TSAF1 ini telah disertai oleh lebih dari 150 orang  dan ianya merupakan proram anjuran bersama di antara KRT TSAF1  dengan Surau Al-'Izzah .
Aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan baik dan melibatkan penyertaan semua peringkat umur, kanak-kanak, remaja, wanita dan orang dewasa.Tahniah dan terimakasih kepada semua AJK yang bertungkus lumus bagi menjayakan HK2012 ini. Juga kepada semua keluarga yang hadir memberi sokongan dan kerjasama yang baik serta mengambil bahagian dalam semua acara yang diadakan. Ribuan terimakasih juga diucapkan kepada tuan rumah, En Idris dan keluarga yang mengizinkan tempat beliau sebagai lokasi HK2012. Satu tempat yang cukup menarik dan amat sesuai untuk program seperti ini. Dengan izin allah swt juga, kita diberi kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama-sama, jauh dari masalah taman, kesibukan harian dan tugasan pejabat. 
Tema  "Free Palestine" juga telah dipilih sempena HK2012 ini kerana kita berpendapat walaupun kita bergembira masalah yang menimpa umat sejagat sentiasa didalam hati dan fikiran kita.  Seperti yang kita tahu KRT TSAF1 akan sentiasa merancang aktiviti-aktiviti berteras “Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian” diharap aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemesraan di antara semua warga TSAF1 melalui pelbagai program yang diaturkan pada hari kelurga. 




Acara-acara bersifat sukaneka yang melibatkan semua peringkat warga TSAF1 sesungguhnya memberikan impak yang positif ke arah pengukuhan dan pemantapan semangat toleransi serta mampu mencetuskan perasaan kasih sayang sesama jiran dan semangat kekeluargaan yang lebih tinggi.
Untuk tahun ini, kita hanya dapat mengadakan hari keluarga yang ringkas, walaupun begitu penyertaan yang cukup memberangsangkan bagi program yang pertama kali diadakan dengan notis makluman yang singkat ini membawa petunjuk yang amatlah positif. Aktiviti ini dapat membina keakraban yang lebih kukuh di kalangan Penduduk Taman Samudera A Fasa 1 dan saling mengenali anggota keluarga yang hidup berjiran. Justeru, amat wajarlah aktiviti ini dilaksanakan pada setiap tahun mendatang.



Penganjuran HK2012 yang sudah pun diadakan bagi menutupi tirai 2012 adalah salah satu usaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Gejala sosial yang berlaku pada hari ini semakin membimbangkan semua pihak. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pihak termasuk diri saya supaya meluangkan masa bersama keluarga. Dengan cara ini, hubungan kekeluargaan akan bertambah erat. Saya percaya bahawa hubungan akrab yang terjalin erat di antara semua dan suasana harmoni yang sedia wujud di TSAF1 ini akan memudahkan pelaksanaan program KRTTSAF1 yang telah dirancang dan dijadualkan dalam takwim tahunan 2013. Perlu diingatkan bahawa bagi mencapai matlamat KRT bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi untuk mengekalkan perpaduan yang sedia dikecapi. Akan tetapi ia bukan pula satu perkara mustahil untuk diperolehinya. 

Setiap warga TSAF1 juga perlu menanamkan semangat kerjasama yang padu dan bersatu hati dalam menyokong aktiviti-aktiviti KRT TSAF1. Nilai-nilai ini disokong dengan visi, dan strategi-strategi KRTTSAF1 yang jelas dan mempunyai fokus.Semangat kekeluargaan bukan sahaja perlu diterapkan di rumah tetapi juga di seluruh taman. Dengan adanya semangat kekeluargaan, kekitaan dan keakraban di kalangan warga TSAF1, secara tidak langsung ianya dapat melahirkan sikap prihatin, saling hormat- menghormati, bertolak ansur,dan meraikan perbedaan sesama kita. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa di atas kejayaan dalam menganjurkan hari keluarga pada tahun ini. Semoga acara begini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.



Puteri Ledang  pergi ke gua
Pulang ke istana pagi ini

Membudayakan Perpaduan tugas semua

Meraikan Kepelbagaian membawa harmoni



Selamat Tahun Baru 2013.




Lt Kol Mohd Yusoff Sadri
Pengerusi KRT TSAF1





24 December 2012

HARI KELUARGA TSAF1 2012








Tuan/Puan yang dihormati,


HARI KELUARGA 2012 TAMAN SAMUDRA A FASA 1

KRT Taman Samudra A Fasa 1 (TSAF1)  dan Surau Al-Izzah dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan dan keluarga ke HARI KELUARGA 2012 TSAF1 pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:

                   Tarikh       :   25 Disember 2012 (Selasa – Cuti Krismas)
                   Masa         :   8.00 pagi – 6 petang
                   Tempat     :   Teratak Tuk-Tuk, Janda Baik, Pahang
                                         (Milik En Mohd.Idris Hj Othman, No.10 Jln Samudra Selatan)


PENGESAHAN KEHADIRAN          
                  

1.
NAMA KETUA KELUARGA

2.
ALAMAT RUMAH

3.
BILANGAN AHLI KELUARGA YANG AKAN HADIR
DEWASA
KANAK-KANAK
(UMUR BAWAH 12 TAHUN)




25 Disember 2012, Selasa
 
08.00  pagi                       :    Berkumpul di perkarangan Surau Al-Izzah

08.30  pagi                       :    Bertolak ke Janda Baik, Pahang (menaiki kenderaan sendiri)

09.30  pagi                       :    Tiba di Chalet Tuk-Tuk, Janda Baik,Pahang

10.00  pagi                       :    Sarapan Pagi (Secara pot luck i.e . bawa masing–masing & makan beramai-ramai)

10.30  pagi –12.30 tgh   :    Acara Sukaneka

01.15  tgh                         :    Solat Zohor

02.00  ptg                         :    Makan Durian

04.00  ptg                         :    Bersurai





Salam Perpaduan Daripada ,

Lt.Kol MOHD YUSOFF  BIN SADRI
Pengerusi
KRT Taman Samudera A Fasa 1

Tel : 019 -3557718




03 December 2012

LIPUTAN LAWATAN PANEL HAKIM ANUGERAH KRT KATEGORI PENGURUSAN KE KRT TSAF1

28 November 2012, Rabu


Sessi lawatan Panel Hakim bagi Anugerah Perdana KRT 2012 bagi Kategori Pengurusan RT ke KRT TSAF1 telah selesai diadakan pada 28 November 2012.

1.Sambutan Ketibaan

Masa              :           10.00 pagi
Tempat          :           Perkarangan Surau Al-izzah TSAF1

Ketibaan Panel Hakim serta rombongan telah disambut meriah dengan bunga manggar oleh AJK KRT , ahli SRS serta ahli silat gayong TSAF1 diketuai oleh Pengerusi KRT TSAF1 , Lt.Kol Mohd Yusoff Sadri. Turut hadir menyambut ketibaan panel ialah Pengarah Perpaduan Negeri, En.Halim Omar dan juga Pengarah Perpaduan Daerah Gombak,Puan Salasiah serta staf Perpaduan Daerah Gombak.








Tetamu seterusnya telah dijemput menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh Jiran Wanita. Menu yang dihidangkan termasuk nasi lemak  roti jala kuah durian, karipap , kek coklat , buah rambutan dan teh tarik.
            




2. Sessi Taklimat , Pemeriksaan Dokumen & Soal Jawab

Masa              :           10.15 pagi
Tempat          :           Ruang Solat Wanita, Surau Al-Izzah TSAF1

Sessi Taklimat telah dimulakan dengan ucapan aluan serta memperkenalkan pegawai JPNIN serta AJK KRT TSAF1 oleh Pengarah JPNIN Selangor, En,Halim Omar. Diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Panel Hakim, En.Zulkifli Hashim. Panel Hakim terdiri dari En.Zulkifli Hashim, En.Mirza Alaudin , Pn.Rozyla bt Ahmad Fauzi dan Pn.Nazliza bt Nazrin sebagai Urusetia.

Taklimat KRT TSAF1 telah disampaikan secara bergilir oleh Lt.Kol. Mohd.Yusof Sadri (Pengerusi) , Mohd Rahim Kawangit (Timb.Pengerusi) dan juga En.Shamsuri b.Md.Said (Setiausaha).




Setelah selesai sessi taklimat, pemeriksaan dokumen secara rawak telah dijalankan  oleh Panel Hakim. Dokumen telah diteliti dan tiada sebarang komen.

Sessi diteruskan lagi dengan sessi soal jawab oleh Panel Hakim. Sebanyak 9 soalan telah diajukan oleh Panel Hakim kepada AJK KRT. Antara soalan-soalan yang diajukan ini menyentuh perkara yang berkaitan isu perpaduan serta sensitiviti kaum, perancangan serta keberkesanan aktiviti, kaedah komunikasi , sistem Infoblast , aktiviti pencegahan jenayah dan juga kelebihan KRT TSAF1. Semua soalan tersebut telah dijelaskan dengan baik serta memuaskan hati Panel Hakim.


3. Sessi Demonstrasi Masakan oleh Jiran Wanita

Masa              :           12.00 tengahari
Tempat          :           Ruang Legar, Surau Al-Izzah

Selesai Sessi Taklimat, Panel Hakim telah dipertunjukan dengan demonstrasi membuat kuih siput oleh Jiran Wanita.





4. Lawatan ke persekitaran dan persempadanan TSAF1.

Masa              :           12.10  tengahari
Tempat          :           Kawasan Persekitaran TSAF1

Panel Hakim seterusnya telah dibawa melawat persekitaran serta persempadanan TSAF1 dengan menaiki kenderaan Pengerusi KRT.


5. Lawatan ke Gelanggang Silat Gayong

Masa              :           12.15 tengahari
Tempat          :           Gelanggang Silat , Kawasan Berpagar, Jalan Samudera SS10

Selesai sessi lawatan kawasan, KRT TSAF1 telah mempersembahkan pertunjukan demonstrasi silat gayong kepada Panel Hakim di gelanggang silat, kawasan berpagar Jalan SS10. Seramai 15 orang ahli seni silat gayong KRT TSAF1 telah mengambil bahagian dalam pertunjukkan yang menghiburkan ini.


6. Upacara Penanaman Pokok & Penyampaian Cenderahati

Masa              :           12.30 tengahari
Tempat          :           Tempat Parkir , Surau Al-Izzah

Sebagai tanda penghormatan serta kenangan , Pengerusi Panel Hakim telah dijemput untuk menanam pokok ciku di kawasan parker Surau Surau yang baru disiapkan. Pengarah JPNIN Selangor juga turut menanam pokok rambutan sebagai tanda kenangan.




Setelah selesai majlis penanaman pokok, Pengerusi KRT mewakili seluruh warga TSAF1 telah menyampaikan cenderahati kepada Panel Hakim serta rombongan yang hadir. Cenderahati telah disediakan oleh Jiran Wanita.

Diakhir sessi , Panel Hakim telah bergambar beramai-ramai dengan semua yang hadir sebagai album kenang-kenangan KRT TSAF1.




WARGA KRT TSAF1 AMAT MERASA BANGGA KERANA TERPILIH MEWAKILI SELANGOR DALAM ANUGERAH PERDANA KRT YANG BERPRESTIJ  INI.  

PENGALAMAN YANG DILALUI SEPANJANG SESSI PENILAIAN INI  AMAT BERHARGA BAGI KRT TSAF1 DALAM USAHA UNTUK LEBIH AKTIF DAN BERBAKTI KEPADA KOMUNITI.











26 November 2012

SELAMAT DATANG KEPADA PANEL HAKIM ANUGERAH PERDANA KRT 2012 KE TAMAN SAMUDERA A FASA 1

26 November 2012, Isnin


Seluruh Warga Taman Samudera A Fasa 1 amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan PANEL HAKIM BAGI ANUGERAH PERDANA KRT UNTUK KATEGORI PENGURUSAN KRT pada 28 November 2012, Rabu ini.




09 November 2012

MAJLIS SAMBUTAN DEEPAVALI TAMAN SAMUDERA A FASA 1 - PINDAAN TARIKH (TERKINI)


9 November 2012,  Jumaat


JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN DEEPAVALI TAMAN SAMUDERA A FASA 1 


Tuan/Puan,

Terkini tarikh Majlis Sambutan Deepavali telah di ubah atas permintaan komuniti India. Berikut adalah tarikh yang dipersetujui.


Tarikh    :    14 Nov 2012 (Rabu)
Masa      :    8.30 malam – 10.30 malam
Tempat  :    Jalan Samudera Selatan 9, Taman Samudera, Batu Caves.

Bagi AJK yang bercuti  pada tarikh tersebut, kami memohon bantuan untuk membantu komuniti India kita membuat persiapan majlis tersebut dalam penyediaan makanan "Halal" dan Hiasan.
Kehadiran Tuan/puan amat dialu-alukan untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, terimakasih.


MOHD YUSOFF  BIN SADRI
Pengerusi
KRT Taman Samudera A Fasa 1

Tel : 019 -3557718

“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGA

08 November 2012

LAWATAN PASUKAN PANEL HAKIM BAGI ANUGERAH PERDANA RUKUN TETANGGA 2012 - PINDAAN TARIKH


Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Adalah dimaklumkan bahawa lawatan panel telah ditangguhkan dari 14 November 2012 ke tarikh baru 28 November 2012, bagi memastikan perancangan lebih teratur di sertakan aturcara yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.

Kerjasama dari semua AJK KRT TSAF1 untuk hadir adalah dituntut bagi membantu dan melicinkan perjalanan majlis. Tetapan lawatan adalah seperti berikut:

Tarikh : 28 November 2012
Hari     :  Rabu
Masa   : 08.30am - 12.30pm
Tempat Berkumpul : Khemah di sebelah Surau Al-Izzah.
Pakaian : T-shirt KRT/SRS/uniform berkasut dan berpakaian kemas

  
LAWATAN PASUKAN PANEL HAKIM BAGI ANUGERAH PERDANA RUKUN TETANGGA 2012

Masa
Aturcara
Catatan
28 November 2012 – Hari Rabu
8:30 AM
Berkumpul

10:00 AM
Ketibaan dan Sarapan Pagi
Pn Azlinda/Pn. Siti/Jiran Wanita/AJK
11.00am
Taklimat dan periksa dokumen ( Pejabat Surau Al-Izzah)
Pengerusi, Timb Pengerusi, Su,Tim Su dan Bendahari
11.30am
Aktiviti Jiran Wanita . Kueh Siput
Pn. Suraya/Jiran Wanita






11.45am
Lawatan Kawasan (Kenderaan)
En.Tauhid/AJK



12.00am
Lawatan Gelanggang Silat dan demontrasi silat
Haji Alias /AJK

Penyampaian Cenderahati
Pn.Azlinda



12.30am
Lawatan Selesai.






Salam Hormat


SHAMSURI MD SAID
Setiausaha
KRT Taman Samudera A Fasa 1
  
“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”




JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN DEEPAVALI TAMAN SAMUDERA A FASA 1- PINDAAN TARIKH DAN MASA


8 November 2012, Khamis


JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN DEEPAVALI TAMAN SAMUDERA A FASA 1 
Dimaklumkan bahawa KRT Taman Samudera A FASA 1 menjemput Dato'/Tuan/Puan hadir ke Majlis sambutan Deepavali. Butiran majlis adalah seperti berikut:
    
a. Tarikh   :    13 Nov 2012 (Selasa)
b. Masa     :     8.30 malam – 11.00 malam
c. Tempat  :    Jalan Samudera Selatan 9, Taman Samudera, Batu Caves.
2. Kehadiran SEMUA WARGA TSAF1  amatlah dialu-alukan untuk memeriahkan lagi majlis. 

MOHD YUSOFF  BIN SADRI
Pengerusi
KRT Taman Samudera A Fasa 1
  
“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN”