Sessi lawatan Panel Hakim bagi
Anugerah Perdana KRT 2012 bagi Kategori Pengurusan RT ke KRT TSAF1 telah selesai diadakan pada 28 November 2012.
1.Sambutan
Ketibaan
Masa : 10.00
pagi
Tempat :
Perkarangan Surau Al-izzah TSAF1
Ketibaan Panel Hakim serta
rombongan telah disambut meriah dengan bunga manggar oleh AJK KRT , ahli SRS
serta ahli silat gayong TSAF1 diketuai oleh Pengerusi KRT TSAF1 , Lt.Kol Mohd
Yusoff Sadri. Turut hadir menyambut ketibaan panel ialah Pengarah Perpaduan
Negeri, En.Halim Omar dan juga Pengarah Perpaduan Daerah Gombak,Puan Salasiah
serta staf Perpaduan Daerah Gombak.
Tetamu seterusnya telah
dijemput menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh Jiran Wanita. Menu
yang dihidangkan termasuk nasi lemak
roti jala kuah durian, karipap , kek coklat , buah rambutan dan teh
tarik.
2. Sessi
Taklimat , Pemeriksaan Dokumen & Soal Jawab
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Ruang
Solat Wanita, Surau Al-Izzah TSAF1
Sessi Taklimat telah
dimulakan dengan ucapan aluan serta memperkenalkan pegawai JPNIN serta AJK KRT
TSAF1 oleh Pengarah JPNIN Selangor, En,Halim Omar. Diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi
Panel Hakim, En.Zulkifli Hashim. Panel Hakim terdiri dari En.Zulkifli Hashim,
En.Mirza Alaudin , Pn.Rozyla bt Ahmad Fauzi dan Pn.Nazliza bt Nazrin sebagai
Urusetia.
Taklimat KRT TSAF1 telah
disampaikan secara bergilir oleh Lt.Kol. Mohd.Yusof Sadri (Pengerusi) , Mohd Rahim
Kawangit (Timb.Pengerusi) dan juga En.Shamsuri b.Md.Said (Setiausaha).
Setelah selesai sessi
taklimat, pemeriksaan dokumen secara rawak telah dijalankan oleh Panel Hakim. Dokumen telah diteliti dan
tiada sebarang komen.
Sessi diteruskan lagi dengan
sessi soal jawab oleh Panel Hakim. Sebanyak 9 soalan telah diajukan oleh Panel
Hakim kepada AJK KRT. Antara soalan-soalan yang diajukan ini menyentuh perkara
yang berkaitan isu perpaduan serta sensitiviti kaum, perancangan serta
keberkesanan aktiviti, kaedah komunikasi , sistem Infoblast , aktiviti
pencegahan jenayah dan juga kelebihan KRT TSAF1. Semua soalan tersebut telah dijelaskan dengan baik serta memuaskan hati
Panel Hakim.
3. Sessi
Demonstrasi Masakan oleh Jiran Wanita
Masa : 12.00
tengahari
Tempat : Ruang
Legar, Surau Al-Izzah
Selesai Sessi Taklimat,
Panel Hakim telah dipertunjukan dengan demonstrasi membuat kuih siput oleh
Jiran Wanita.
4. Lawatan
ke persekitaran dan persempadanan TSAF1.
Masa : 12.10 tengahari
Tempat : Kawasan
Persekitaran TSAF1
Panel Hakim seterusnya telah
dibawa melawat persekitaran serta persempadanan TSAF1 dengan menaiki kenderaan
Pengerusi KRT.
5. Lawatan
ke Gelanggang Silat Gayong
Masa : 12.15
tengahari
Tempat : Gelanggang
Silat , Kawasan Berpagar, Jalan Samudera SS10
Selesai
sessi lawatan kawasan, KRT TSAF1 telah mempersembahkan pertunjukan demonstrasi
silat gayong kepada Panel Hakim di gelanggang silat, kawasan berpagar Jalan
SS10. Seramai 15 orang ahli seni silat gayong KRT TSAF1 telah mengambil bahagian
dalam pertunjukkan yang menghiburkan ini.
6. Upacara Penanaman Pokok
& Penyampaian Cenderahati
Masa : 12.30
tengahari
Tempat : Tempat
Parkir , Surau Al-Izzah
Sebagai tanda penghormatan
serta kenangan , Pengerusi Panel Hakim telah dijemput untuk menanam pokok ciku
di kawasan parker Surau Surau yang baru disiapkan. Pengarah JPNIN Selangor juga
turut menanam pokok rambutan sebagai tanda kenangan.
Setelah selesai majlis
penanaman pokok, Pengerusi KRT mewakili seluruh warga TSAF1 telah menyampaikan
cenderahati kepada Panel Hakim serta rombongan yang hadir. Cenderahati telah disediakan
oleh Jiran Wanita.
Diakhir sessi , Panel Hakim
telah bergambar beramai-ramai dengan semua yang hadir sebagai album
kenang-kenangan KRT TSAF1.
WARGA KRT TSAF1 AMAT MERASA BANGGA KERANA TERPILIH MEWAKILI SELANGOR DALAM ANUGERAH PERDANA KRT YANG BERPRESTIJ INI.
PENGALAMAN YANG DILALUI SEPANJANG SESSI PENILAIAN INI AMAT BERHARGA BAGI KRT TSAF1 DALAM USAHA UNTUK LEBIH AKTIF DAN BERBAKTI KEPADA KOMUNITI.