Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,
Pada hari Sabtu lepas kita telah menjayakan gotong-royong untuk persediaan tapak gelanggang silat. Alhamdullilah gelanggang silat telah tersedia dan misi gotong-royong berjaya, walaupun semasa itu hujan turun dengan lebat dan ianya rahmat kerana kerja mencuci kawasan tersebut dilakukan dengan lebih mudah.
Hari Ahad 14 Oktober 2012 pula latihan silat gayong pertama diadakan, ramai juga yang hadir termasuklah Pengerusi Surau Al-’Izzh dan Pengerusi KRT juga hadir memberi sokongan moral kepada pesilat-pesilat muda ini. Seramai 23 orang anak-anak Samudra yang mengikuti latihan ini, 15 orang putera dan 8 orang puteri.
Pada hari Ahad ini akan diadakan sessi latihan silat gayong yang kedua dan ketatapan latihan adalah seperti berikut:
Hari : Ahad 21 Oktober 2012
Masa : 9.00 pagi – 11 pagi
Tempat : Kawasan berpagar berumput di Jalan SS10
Masa : 9.00 pagi – 11 pagi
Tempat : Kawasan berpagar berumput di Jalan SS10
Bagi mereka yang ingin menghatar anak-anak menyertai aktiviti silat gayung ini, pendaftaran masih terbuka untuk semua penduduk Taman Samudera A Fasa1 dan anak kariah Al-’Izzah.
Salam hormat
Shamsuri Md Said
0192133005
SU KRT TSAF1
0192133005
SU KRT TSAF1